KELANTAN ICT GATEWAY ANJUR SEMINAR SENI MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET

Syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan sebabagai One Stop Agency (OSA) ICT Negeri Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan satu seminar bertajuk SENI MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET  pada 1 hb Ogos 2015 bertempat di Bilik 202, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 9:00 pagi.

Seminar ini adalah terbuka kepada semua usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka menggunakan platform internet. Para peserta akan diberi pendedahan kepada rahsia kejayaan perniagaan menggunakan internet oleh pakar perniagaan internet terkenal iaitu En Adly Mukhtar yang merupakan pemilik syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan tuan punya laman web www.adlymukhtar.com. Antara produk beliau adalah NiagaKit, Komik Niaga, Akademi Usahawan dan Yosh.my.

Siapa yang perlu hadir ?

1.     Mereka yang berminat untuk menjana pendapatan daripada rumah samada secara sambilan atau sepenuh masa dengan modal yang rendah

2.  Peniaga kecil yang berhasrat untuk mengembangkan pasaran produk mereka menggunakan internet

3.  Mereka yang terlibat dengan perniagaan Network Marketing bagi tujuan pemasaran produk secara global

4.    Para pelajar dan penjawat awam yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan

Pendedahan RAHSIA perniagaan internet

1.     Teknik pemilihan produk untuk dipasarkan di internet
2.    Kaedah penjualan produk di internet tanpa perlu menyimpan stok
3.    Platform yang paling sesuai untuk menjual produk di internet
4.    Kaedah promosi laman web bagi tujuan jualan produk yang berkesan
5.    Perkongsian pengalaman menjana pendapatan melalui internet

Bayaran ?

Hanya RM 50.00 seorang

Berminat ?


Hubungi kami di talian 019-962 3142 (Ridzuan), 019-985 7072 (Azhan), 019-940 1308 (Afiq)

No comments