Sejarah Sekolah Menengah Sains Machang


Sekolah Menengah Sains Machang ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang baru dibuka dalam tahun 1983 dan ia merupakan sekolah berasarama penuh yang kedua diwujudkan di negeri Kelantan. Letaknya kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu dan 9 kilometer dari bandar Machang iaitu di suatu kawasan yang mempunyai persekitaran luar bandar.

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada tahun 1984. Pada masa itu, sekolah terdiri daripada sebuah Dewan Wawasan, 3 blok bangunan yang mempunyai 30 buah bilik darjah, 9 makmal Sains, 2 bilik ERT, 1 bilik pusat sumber, dan 1 pejabat, 1 blok makmal Kemahiran Hidup Bersepadu, 1 blok kantin, 1 gimnasium, 2 blok asrama puteri dan 4 blok asrama putera, 1 dewan makan, 1 blok pangsapuri guru, 1 blok wisma pekerja , sebuah rumah Pengetua dan sebuah rumah Timbalan Pengetua.

Kemudahan-kemudahan sukan terdiri dari padang permainan dan gelangang-gelanggang Tenis, Bola Keranjang, Bola Sepak, Bola Tampar dan Badminton. Lain-lain kemudahan adalah seperti bilik rawatan pergigian dan bilik rehat bagi pelajar-pelajar yang sakit. Pengetua pertama dilantik ke sekolah ini ialah Tuan Haji Nik Amin bin Jaafar.tepi beliau tidak sempat memulakan sekolah ini kerana beliau telah bertukar lebih awal dan diganti oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Omar pada 16 Mei 1983. Kumpulan pelajar yang pertama terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu telah melapurkan diri pada 16 julai 1983 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 melapurkan diri pada 14 Ogos 1983. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 1983 ialah 382 orang iaitu 253 pelajar putera dan 129 pelajar puteri. Bilangan guru pada masa itu ialah 46 orang dan kakitangan lain serarnai 35 orang.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983 itu, sekolah telah berkembang maju dari setahun ke setahun. Dalam usia yang muda itu, sekolah ini pernah berjaya memasuki peringkat akhir bahas PPM pada tahun 1984 dan bidang akademik juga terus mencatatkan prestasi yang baik. Didoakan agar prestasi yang baik ini akan terus berkekalan dan terus meningkat dari masa ke semasa.

Astaka sekolah ini telah dirasmikan dengan acara warna-warni oleh YABrs. Datuk Wira Abdul Rahman bin Haji Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1987.
Majlis perasmian perletakan batu asas Masjid lbadul Rahman telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Rastom, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 18 Ogos 1988.

Sekolah Menengah Sains Machang telah menganjurkan Pesta Perdana ke 18 buat kali pertamanya dengan penuh kejayaan pada 27 Mei hingga I Jun 1991. Perasmian dilaksanakan oleh Datuk Dr. Haji Isa Ramli, Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 1998, sekolah ini telah dipilih sebagai sebuah sekolah perintis bestari di antara 88 buah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan. Pada awal 2000, 1 blok bangunan teknologi telah dibina dan mula digunakan. Selain daripada itu, projek-projek sumbangsih juga didirikan hasil daripada sumbangan pelajar-pelajar tingkatan lima setiap tahun.

Pada 2006, sebuah dewan terbuka telah dibina di tapak Taman Mesra Alam. Bangunan makmal komputer baru juga telah siap dibina pada 2007. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk akses kepada teknologi komunikasi maklumat.

No comments