Syarat-syarat FUTSAL ALUMNI SMACH 2007

1. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 orang bekas pelajar SMACH. Hanya 2 orang pemain import dibenarkan bagi setiap pasukan.Sekiranya pasukan bekas pelajar menggunakan bekas pelajar dari batch yang berlainan, status pemain itu tidak dikira sebagai import. Pasukan juga boleh menggunakan suami kepada bekas pelajar dan status juga tidak kira sebagai pemain import.

2. Yuran penyertaan adalah RM 400. Pembayaran boleh dibuat terus ke dalam akaun Persatuan bekas pelajar SMACH (MBB: 5531 0421 1609).
Bukti pembayaran hendaklah disertakan jika telah membuat bayaran kepada akaun di atas.

3. Acara ini akan diadakan di Sports Planet Subang Jaya, di SS 13 Subang Jaya pada 21 April 2007 dari 1000 pagi hingga 6 petang. Jadual sebenar akan diedarkan kemudian.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan atau apa apa kemalangan yang berlaku semasa pertandingan. Kit pertolongan
cemas asas akan disediakan oleh penganjur.

5. Setiap pasukan hendaklah menyediakan satu set jersey sekiranya boleh. Training vest akan disediakan oleh penganjur bagi pasukan yang tidak mempunyai jersey seragam.

6. Peraturan futsal adalah digunapakai. 5 orang pemain akan berada di atas gelangang pada setiap masa termasuk penjaga gol. Pertukaran
pemain adalah "on-the-fly" iaitu boleh ditukar pada bila-bila masa tanpa memerlukan kebenaran pengadil. Keluar masuk seorang pemain tidak mempunyai had.

7. Tiada had kepada jumlah pasukan setiap batch. Lebih banyak penyertaan pasukan adalah sangat dialu-alukan. Setiap pasukan akan dinamakan sempena batch masing-masing- contoh SPM94A dan SPM94B.

8. Format liga 5 sekumpulan akan diadakan. Johan dan naib johan kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya.

9. Setiap kemenangan akan diberi 3 mata, seri 1 dan kalah 0. Jika terdapat pasukan yang sama mata, jumlah perbezaan gol (gol dijaringkan dan gol kena) akan diambil kira. Jika perbezaan gol masih sama, keputusan perlawanan head-to-head akan diambil kira. Jika keputusan masih lagi terikat, sepakan penalty 3 kali akan diambil oleh setiap pasukan bagi memutuskan keputusan.

10. Bagi permainan peringkat kedua dan seterusnya, pertandingan adalah secara kalah mati. Sekiranya seri selepas masa sebenar tamat, masa tambahan 3 minit satu separuh masa dengan rehat 1 minit diantaranya akan diadakan. Sekiranya masih seri, 3 sepakan penalti setiap pasukan akan diadakan. Sekiranya masih seri selepas sepakan penalty, sepakan penalty sudden-death akan diadakan.

11. Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 31 Mac2007,
bayaran selewat-lewatnya pada tarikh yang sama.Sila berhubung dengan pihak penganjur sekiranya terdapat apa apa pertanyaan:
Mohd Yusrizal Mohd Yusof 
+60193517717
Email- mmohdyus@tnb.com.my

1 comment:

  1. from: yusrizal

    Asslamualaikum semua,

    Pohon kerjasama semua untuk menyatkan jumlah pasukan daripada batch masing masing. , kalau boleh by esok. Harap maklum bahawa kita mohon kalau boleh bayaran dibuat by 31/3/07 ni... kalu boleh separuh, masuk dulu separuh... untuk membolehkan AJK buat pembayaran pendahuluan.

    Harap dapat makluman semula, berapa team dari batch tuan tuan secepat mungkin.

    Sekian

    Yusrizal

    ReplyDelete